Blogger Backgrounds

Diploma Kewangan&Perbankan PMBS

Diploma Kewangan&Perbankan PMBS

Followers

Sunday 30 March 2014

Link

http://www.hmetro.com.my
/http://www.theborneopost.com/news/utusan-borneo/

KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan


Pengarang         :        Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Terbitan    :        Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Genre        :       Motivasi
Harga        :       RM14.00

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. 

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera dan anggota.

Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut  saranan saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik.

Wednesday 26 March 2014

The Titanic Secret : A Thriller



Tajuk : The Titanic Secret : A Thriller
Penulis: Jack Steel

Sinopsis : April 1912: Shortly after midnight on Wilhelmstrasse in Berlin, mere yards from the British Embassy, an English spy is shot after a clandestine meeting with a German government official. He utters three cryptic words to a sentry, then dies. It’s an ambush as calculated and cold-blooded as the scheme it helps set in motion.
For Gunther Voss, a tyrannical German financier who has amassed a fortune in mining, it’s the biggest gamble he has ever undertaken: commit America to joining forces with Germany against Great Britain, destroy an empire, and secure for himself the invaluable South African mining concessions currently controlled by the British. It would make the formidable Voss, already a figure of both fear and admiration in America, one of the wealthiest and most powerful men in the world. Even as devious, self-seeking, and unthinkable as the plan is, with an alliance as strong as America and Germany, it’s more than possible—it’s inevitable.

Essentials Of Intellectual Property: Law, Economics and Strategy.



Tajuk : Essentials Of Intellectual Property: Law, Economics and Strategy.
Penulis : Alexander I. Poltorak dan Paul J. Lerner

Sinopsis: The definitive primer on intellectual property for business professionals, non-IP attorneys, entrepreneurs, and inventors.Full of valuable tips, techniques, illustrative real-world examples, exhibits, and best practices, the Second Edition of this handy and concise paperback will help you stay up to date on the newest thinking, strategies, developments, and case law in intellectual property.
  • Presents fundamentals of patents, trademarks, copyrights, trade secrets and other less-know forms of IP, such as registered design and mask works
  • Covers important concepts such as IP strategy, protection, audits, valuation, management, and competitive intelligence
  • Offers an introduction to IP licensing and enforcement
  • Now features discussion of critical precedent-setting recent IP cases and proposed patent reform

The Success Principles(TM): How to Get from Where You Are to Where You Want to Be.




Tajuk : The Success Principles(TM): How to Get from Where You Are to Where You Want to Be.
Penulis: Jack Canfield  dan Janet Switzer

Sinopsis: Jack Canfield, cocreator of the phenomenal bestselling Chicken Soup for the Soul® series, turns to the principles he's studied, taught, and lived for more than 30 years in this practical and inspiring guide that will help any aspiring person get from where they are to where they want to be.
The Success Principles will teach you how to increase your confidence, tackle daily challenges, live with passion and purpose, and realize all your ambitions. Not merely a collection of good ideas, this book spells out the 64 timeless principles used by successful men and women throughout history. Taken together and practiced every day, these principles will transform your life beyond your wildest dreams!

Strategic Management in Tourism / 2nd edition




Tajuk : Strategic Management in Tourism / 2nd edition
Penyunting : Luiz Moutinho

Sinopsis: 
Fully updated with new chapters linking strategic thinking and action in the management of tourism, this comprehensive textbook provides an analytical evaluation of the most important global trends in tourism and analysis of the impact of crucial environmental issues and their implications and the major factors affecting international tourism management. Following a successful first edition that is now a mainstream textbook in tourism courses, the book also covers marketing strategy, functional management and strategic planning in order to provide an integrated synthesis that will benefit students in their future careers, and also be useful to professionals working in the tourism sector.

http://kllibrary.dbkl.gov.my/client/book_review_feb_2013#TopPage

The Magic of Thinking Big : Edisi Bahasa Melayu ( Berfikir & Berjiwa Besar)

                                                   

Tajuk : The Magic of Thinking Big : Edisi Bahasa Melayu ( Berfikir & Berjiwa Besar)
Penulis : David J. Schwartz, Ph.D.

Sinopsis : Berjuta-juta orang diseluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic of Thinking Big. Dr David J. Schwarts, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketengangan jiwa yang lebih mendalam.
Isi Kandungan:
1. Kita Yakin, Kita Berjaya
2. Pulihkan Diri Kita daripada Penyakit Alasan 
3. Bina Keyakinan, Hapuskan Rasa Takut 
4. Cara Berfikir dan Berjiwa Besar 
5. Kaedah Berfikir dan Bercita-cita Secara Kreatif 
6. Kita adalah Produk Pemikiran Kita Sendiri 
7. Urus Persekitaran Kita: Dapatkan Persekitaran Kelas Pertama 
8. Jadikan Sikap Sebagai Sekutu Kita 
9. Fikirkan Mengenai Orang Lain dengan Cara yang Betul 
10. Terapkan Tabiat Bertindak dalam Diri Kita 
11. Cara Mengubah Kegagalan Menjadi Kejayaan 
12. Gunakan Matlamat bagi Membangunkan Diri

13. Berfikir seperti Pemimpin